Sejak akhir-akhir ini Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) sering kali melengah-lengahkan pembayaran Elaun Sara Diri Nelayan dan Insentif Tangkapan Ikan dengan tidak memberikan sebarang alasan yang munasabah kepada nelayan/penerima. Sedangkan skim pembayaran tersebut telah diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan tetapi tidak diketahui apakah maksud/niat LKIM bertindak berbuat demikian.
Syarat-syarat untuk mendapatkan bantuan berkenaan, seseorang nelayan itu hendaklah memiliki lesen peralatan menangkap ikan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perikanan, lesen perahu yang dikeluarkan oleh Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah serta kad subsidi e-petrol/e-diesil yang dikeluarkan oleh LKIM sendiri. Walaupun LKIM mendakwa bahawa tempoh kelulusan permohonan tidak memakan masa yang lama (1 bulan) tetapi masih ramai masyarakat nelayan yang terpaksa menunggu sehingga hampir setahun dari tarikh permohonan dibuat. Situasi ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati dari sebahagian masyarakat nelayan dan tidak kurang juga bilangan nelayan yang telah berputus asa dan tidak berminat lagi untuk mendapat bantuan berkenaan.
Pihak LKIM juga sering mencari kelemahan nelayan seperti lesen perikanan tamat tempoh, kad subsidi tamat tempoh serta berbagai lagi alasan supaya boleh menghentikan pembayaran elaun sara diri dan insentif tangkapan ikan kepada nelayan walaupun mereka maklum bahawa di Sabah ini sering berlaku tarikh tamat tempoh lesen perikanan, lesen perahu dan kad subsidi adalah tidak sama tarikh/bulan/tahunnya serta perlu mendapat restu dari Bahagian UMNO/YB (BN) apabila mahu memperbaharui tempoh kad subsidi, namun diambil kesempatan juga oleh pihak LKIM untuk menghentikan pembayaran dengan alasan yang mudah 'mungkin sudah berhenti jadi nelayan'.
Bagi seorang nelayan, ia tetap pergi ke laut untuk mencari rizeki bagi menyara kehidupan keluarga mereka walaupun dengan tiada subsidi kerajaan, daripada diperlakukan seperti nenek moyang mereka ketika era penjajahan dahulu.
Baru-baru ini pihak Lembaga kemajuan Ikan Malaysia (LKIM telah membuat program Pembayaran Secara Elaun Sara Diri Nelayan Secara Tunai di Tawau (bandar ketiga terbesar di Sabah) yang disempurnakan oleh Ketua Bahagian UMNO Tawau Datuk taufik abubakar titingan, bilangan penerima yang layak lebih kurang 300 orang sahaja (Tidak sampai pun 400 orang). Kita boleh beranggapan bahawa pihak LKIM hampir tidak berbuat apa-apa di sana.
Sekiranya Ko-Nelayan yang diberikan peluang untuk melaksanakan program kerajaan persekutuan itu, semua amanat kerajaan akan dilaksanakan dengan ikhlas dan jujur kerana ADUN-ADUN boleh berdamping rapat dengan Ko-Nelayan seterusnya membantu mengatasi permasaalahan/memantau masyarakat nelayan yang menerima pelbagai bantuan/subsidi dari kerajaan itu.