Ahad, 6 Mac 2011

PENGARAH LKIM JAMALUDDIN BIN OTHMAN GAGAL MEMARTABATKAN PERSATUAN NELAYAN DI SABAH

Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Cawangan Sabah Jamaludin bin Othman dikatakan gagal membantu dan memertabatkan Persatuan-Persatuan Nelayan di Negeri Sabah yang rata-rata adalah Persatuan Nelayan Kawasan yang daif dan perlu dibantu oleh LKIM supaya boleh membantu ahli-ahlinya.
Persatuan Nelayan Kawasan yang telah ditubuhkan dibawah Akta No.44, Akta Persatuan Nelayan 1971 adalah semiNGO dibawah kelolaan LKIM dimana Ketua Pengarah LKIM adalah Pendaftar Persatuan-Persatuan Nelayan Malaysia. Di Sabah terdapat 14 Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) dan satu Persatuan Nelayan Negeri Sabah (PENGASAH).
Selama era  sdr Jamaluddin selaku Pengarah LKIM Sabah yang juga merangkap Pegawai Penyelia PN-PN Negeri Sabah, PNK tidak lagi dapat memainkan peranan untuk membantu masyarakat nelayan  melainkan urusan minyak bersubsidi dan elaun sara diri nelayan yang mana urusan awal, dengan kos dibuat di pejabat PNK, untuk dihantar dan disemak oleh Pegawai Wilayah yang berkenaan dan seterusnya dihantar ke Ibu Pejabat KK untuk kelulusan/semakkan Pengarah LKIM. Sebenarnya urusan dengan LKIM boleh dibuat di pejabat LKIM sahaja tanpa perlu ke pejabat PNK. Sebarang kegagalan/kelewatan memproses permohonan bantuan oleh nelayan yang dipersalahkan adalah PNK, walhal yang membuat kerja adalah kakitangan LKIM yang hanya ditempatkan di pejabat PNK sahaja tanpa berkaitan dengan Lembaga Pengarah PNK secara langsung
Hampir semua PNK di Sabah ini tidak mendapat apa-apa bantuan daripada LKIM terutama penyediakan kemudahan infrastuktur seperti jeti dan balai-balai nelayan di kawasan penempatan nelayan. Jauh sekali mendapat bantuan peralatan seperti injin sangkut, perahu,pukat dan lain-lain bantuan dari kerajaan untuk nelayan tempatan.
Sehingga kini, pihak LKIM Sabah juga telah gagal mempermudahkan urusan masyarakat nelayan yang sepatutnya boleh diselesaikan di Kota Kinabalu sahaja seperti kegagalan membayar elaun sara diri nelayan, insentif tangkapan ikan dan permasaalahan subsidi bahan bakar  dimana urusan itu harus dibuat di Ibu pejabat LKIM Kuala Lumpur.
Jamaluddin juga dikatakan tidak memberi peluang kepada ANAK WATAN Negeri Sabah untuk menduduki jawatan Pengurus Besar di Persatuan Nelayan Negeri Sabah (PENGASAH) walaupun didesak beberapa kali  oleh masyarakat nelayan tempatan, supaya PENGASAH boleh diserasikan dengan warga Sabah dan pihak Kerajaan Negeri Sabah, malahan jika terdapat individu yang ada kaitan dengan LKIM, berani menyuarakan hal ini akan menerimah natijahnya.
Jika perkara ini berterusan adalah disyorkan supaya PENGARAH LKIM SABAH Sdr JAMALUDDIN BIN OTHMAN dapat digantikan dengan pegawai yang lebih layak serta mampu membantu PNK dan masyarakat nelayan ataupun SEMUA PERANAN LKIM DI SABAH DISERAH DAN DILAKSANAKAN OLEH KO-NELAYAN yang lebih memahami inspirasi serta selera orang SABAH.