Ahad, 6 Mac 2011

PENGARAH LKIM JAMALUDDIN BIN OTHMAN GAGAL MEMARTABATKAN PERSATUAN NELAYAN DI SABAH

Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Cawangan Sabah Jamaludin bin Othman dikatakan gagal membantu dan memertabatkan Persatuan-Persatuan Nelayan di Negeri Sabah yang rata-rata adalah Persatuan Nelayan Kawasan yang daif dan perlu dibantu oleh LKIM supaya boleh membantu ahli-ahlinya.
Persatuan Nelayan Kawasan yang telah ditubuhkan dibawah Akta No.44, Akta Persatuan Nelayan 1971 adalah semiNGO dibawah kelolaan LKIM dimana Ketua Pengarah LKIM adalah Pendaftar Persatuan-Persatuan Nelayan Malaysia. Di Sabah terdapat 14 Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) dan satu Persatuan Nelayan Negeri Sabah (PENGASAH).
Selama era  sdr Jamaluddin selaku Pengarah LKIM Sabah yang juga merangkap Pegawai Penyelia PN-PN Negeri Sabah, PNK tidak lagi dapat memainkan peranan untuk membantu masyarakat nelayan  melainkan urusan minyak bersubsidi dan elaun sara diri nelayan yang mana urusan awal, dengan kos dibuat di pejabat PNK, untuk dihantar dan disemak oleh Pegawai Wilayah yang berkenaan dan seterusnya dihantar ke Ibu Pejabat KK untuk kelulusan/semakkan Pengarah LKIM. Sebenarnya urusan dengan LKIM boleh dibuat di pejabat LKIM sahaja tanpa perlu ke pejabat PNK. Sebarang kegagalan/kelewatan memproses permohonan bantuan oleh nelayan yang dipersalahkan adalah PNK, walhal yang membuat kerja adalah kakitangan LKIM yang hanya ditempatkan di pejabat PNK sahaja tanpa berkaitan dengan Lembaga Pengarah PNK secara langsung
Hampir semua PNK di Sabah ini tidak mendapat apa-apa bantuan daripada LKIM terutama penyediakan kemudahan infrastuktur seperti jeti dan balai-balai nelayan di kawasan penempatan nelayan. Jauh sekali mendapat bantuan peralatan seperti injin sangkut, perahu,pukat dan lain-lain bantuan dari kerajaan untuk nelayan tempatan.
Sehingga kini, pihak LKIM Sabah juga telah gagal mempermudahkan urusan masyarakat nelayan yang sepatutnya boleh diselesaikan di Kota Kinabalu sahaja seperti kegagalan membayar elaun sara diri nelayan, insentif tangkapan ikan dan permasaalahan subsidi bahan bakar  dimana urusan itu harus dibuat di Ibu pejabat LKIM Kuala Lumpur.
Jamaluddin juga dikatakan tidak memberi peluang kepada ANAK WATAN Negeri Sabah untuk menduduki jawatan Pengurus Besar di Persatuan Nelayan Negeri Sabah (PENGASAH) walaupun didesak beberapa kali  oleh masyarakat nelayan tempatan, supaya PENGASAH boleh diserasikan dengan warga Sabah dan pihak Kerajaan Negeri Sabah, malahan jika terdapat individu yang ada kaitan dengan LKIM, berani menyuarakan hal ini akan menerimah natijahnya.
Jika perkara ini berterusan adalah disyorkan supaya PENGARAH LKIM SABAH Sdr JAMALUDDIN BIN OTHMAN dapat digantikan dengan pegawai yang lebih layak serta mampu membantu PNK dan masyarakat nelayan ataupun SEMUA PERANAN LKIM DI SABAH DISERAH DAN DILAKSANAKAN OLEH KO-NELAYAN yang lebih memahami inspirasi serta selera orang SABAH.

Ahad, 20 Februari 2011

KO-NELAYAN LEBIH RELEVAN DARIPADA LEMBAGA KEMAJUAN IKAN MALAYSIA DI SABAH (PT 2)

Sejak akhir-akhir ini Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) sering kali melengah-lengahkan pembayaran Elaun Sara Diri Nelayan dan Insentif Tangkapan Ikan dengan tidak memberikan sebarang alasan yang munasabah kepada nelayan/penerima. Sedangkan skim pembayaran tersebut telah diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan tetapi tidak diketahui apakah maksud/niat LKIM bertindak berbuat demikian.
Syarat-syarat untuk mendapatkan bantuan berkenaan, seseorang nelayan itu hendaklah memiliki lesen peralatan menangkap ikan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perikanan, lesen perahu yang dikeluarkan oleh Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah serta kad subsidi e-petrol/e-diesil yang dikeluarkan oleh LKIM sendiri. Walaupun LKIM mendakwa bahawa tempoh kelulusan permohonan tidak memakan masa yang lama (1 bulan) tetapi masih ramai masyarakat nelayan yang terpaksa menunggu sehingga hampir setahun dari  tarikh permohonan dibuat. Situasi ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati dari sebahagian masyarakat nelayan dan tidak kurang juga bilangan nelayan yang telah berputus asa dan tidak berminat lagi untuk mendapat bantuan berkenaan.
Pihak LKIM juga sering mencari kelemahan nelayan seperti lesen perikanan tamat tempoh, kad subsidi tamat tempoh serta berbagai lagi alasan supaya boleh menghentikan pembayaran elaun sara diri dan insentif tangkapan ikan kepada nelayan walaupun mereka maklum bahawa di Sabah ini sering berlaku tarikh tamat tempoh lesen perikanan, lesen perahu dan kad subsidi adalah tidak sama tarikh/bulan/tahunnya serta perlu mendapat restu dari Bahagian UMNO/YB (BN) apabila mahu memperbaharui tempoh kad subsidi, namun diambil kesempatan juga oleh pihak LKIM untuk menghentikan pembayaran dengan alasan yang mudah 'mungkin sudah berhenti jadi nelayan'.
Bagi seorang nelayan, ia tetap pergi ke laut untuk mencari rizeki bagi menyara kehidupan keluarga mereka walaupun dengan tiada subsidi kerajaan, daripada diperlakukan seperti nenek moyang mereka ketika era penjajahan dahulu.
Baru-baru ini pihak Lembaga kemajuan Ikan Malaysia (LKIM telah membuat program Pembayaran Secara Elaun Sara Diri Nelayan Secara Tunai di Tawau (bandar ketiga terbesar di Sabah) yang disempurnakan oleh Ketua Bahagian UMNO Tawau Datuk taufik abubakar titingan, bilangan penerima yang layak lebih kurang 300 orang sahaja (Tidak sampai pun 400 orang). Kita  boleh beranggapan bahawa pihak LKIM hampir tidak berbuat apa-apa di sana.
Sekiranya Ko-Nelayan yang diberikan peluang untuk melaksanakan program kerajaan persekutuan itu, semua amanat kerajaan akan dilaksanakan dengan ikhlas dan jujur kerana ADUN-ADUN boleh berdamping rapat dengan Ko-Nelayan seterusnya membantu mengatasi permasaalahan/memantau masyarakat nelayan yang menerima pelbagai bantuan/subsidi dari kerajaan itu.

Jumaat, 18 Februari 2011

PNK TAWAU: Tindakkan Menteri Membawa Padah!


























Tindakkan YB Dato' Noh Hj Omar Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia melantik seorang Pengerusi Baru Encik Arsani Arsat untuk mempengerusikan Persatuan Nelayan Kawasan Tawau (PNK Tawau) ternyata adalah satu tindakkan yang tidak bijak serta membawa bencana kepada PNK Tawau apa bila Mesyuarat Bulanan Ahli Lembaga Pengarah (ALP) PNK Tawau yang sepatutnya berlangsung pada 18hb Februari 2011 tidak mendapat sambutan dari kalangan ALP walaupun mesyuarat itu mahu dihadiri oleh Pengarah LKIM Sabah En Jamaludin Othman selaku Pegawai Penyelia Persatuan-Persatuan Nelayan Negeri Sabah dan Pegawai Wilayah Tiga LKIM Tawau En Pada a/k Bijo selaku Wakil pendaftar Persatuan Nelayan Malaysia terpaksa ditunda ke satu tarikh yang akan ditetapkan kelak
Adalah dijangkan bahawa En Jamaludin akan memaklumkan secara rasmi kepada ALP PNK Tawau bahawa YB Menteri telah bersetuju untuk melantik En Arsani Arsat sebagai pengerusi PNK Tawau yang baru bagi menggantikan En Hasan bin Timbasal yang telah disingkirkan dengan secara tidak beradat (iaitu dengan tiada permakluman rasmi kepada PNK Tawau) oleh Menteri Pertanian Malaysia Dato' Seri Noh Hj Omar. (Menteri Melayu yang tidak mengunakan ADAT MELAYU) disamping akan membincangkan pelbagai perkara untuk membantu ahli.
Adalah difahamkan bahawa Pengerusi Baru PNK Tawau telah memanggil Mesyuarat Bulanan ALP  tersebut dan menimbulkan persoalan di kalangan mereka berhubung dengan 'kelayakkan' En Arsani Arsat untuk memanggil mesyuarat berkenaan seterusnya mempengerusikan mesyuarat  tanpa menunggu proses Penyerahan Tugas dan Kuasa dari Pengerusi Lantikkan Ahli itu En Hasan bin Timbasal.
Kalangan ALP amat kesal dengan perbuatan  Pengerusi Baru Lantikkan Menteri itu yang sepatutnya tidak bertindak melulu seperti 'merampas kuasa secara biadap' walau pun dia adalah orang kaya, mempunyai ramai kawan yang bertitle Ketua Bahagian UMNO dan Yang Berhormat  (YB) serta pilihan Menteri Pertanian Malaysia, dia sepatutnya perlu BERADAT kerana kita adalah Bangsa Melayu yang terkenal dengan adat dan budayanya. (Terlupa pula, Menteri Pertanian Malaysia pun tidak beradat juga!)
Tindakkan En Arsani Arsat itu telah menggambaran keperibadinya yang memang mahu memegang Jawatan Pengerusi di Persatuan Perikanan Tawau, Persatuan Pemilik Kapal (Nelayan) Sabah dan PNK Tawau seterusnya menjawat jawatan PRESIDEN PERIKANAN Malaysia.

Sekalung Tahniah untuk En Arsani Arsat kerana telah mencapai impian......
Ex-Chairman Joinlah PKR/PR  kehadiran tuan amat dialu-alukan...........

Khamis, 17 Februari 2011

KO-NELAYAN LEBIH RELEVAN DARIPADA LEMBAGA KEMAJUAN IKAN MALAYSIA DI SABAH (PT 1)

Kehadiran Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di Sabah hanya menyusahkan masyarakat nelayan tempatan sahaja disamping menjadi pesaing kepada agensi kerajaan negeri Sabah.
Agensi yang dimaksudkan adalah Ko-Nelayan yang di bawah naungan Kementerian Pertanian dan Industri Pemakanan Negeri Sabah yang telah memberikan khidmat baktinya kepada rakyat Sabah khususnya masyarakat nelayan yang mendiami sekeliling pantai Negeri Sabah dari Sipitang sehingga ke Tawau sejak lebih 30 tahun dahulu. 
Tidak dinafikan bahawa LKIM bertapak di Sabah boleh membawa pelbagai keuntungan kepada penduduk Negeri Sabah terutamanya peluang pekerjaan.Senario ini menggambarkan bahawa Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia  'tidak yakin' dengan kewibawaan agensi kerajaan negeri seperti Ko-Nelayan.
Apa salahnya sekiranya Ko-Nelayan diberikan peluang untuk mengendalikan skim-skim bantuan kepada masyarakat nelayan Negeri Sabah seperti skim 'Elaun Sara Diri Nelayan berjumlah RM200.00 seorang, Insentif Tangkapan Ikan yang berjumlah RM0.10 (sepuloh sen) sekilogram, dengan menyalurkan terus peruntukan dari Kerajaan Persekutuan itu kepada Ko-Nelayan? Anggaplah sebagai salahsatu penghargaan kepada rakyat Sabah yang telah memberikan sokongan kepada BN
Ramai masyarakat nelayan yang merasakan bahawa LKIM sedang berdolak-dalik dalam perkara Pemberian Elaun Sara Diri Nelayan dan lain-lain skim yang pembayaranya tidak konsestan dengan memberikan pelbagai-bagai alasan  termasuklah alasan akaun bank sipenerima itu tidak up date, supaya nelayan tidak menerima bayaran yang diberikan kerajaan itu, apakah LKIM mahu mendabik dada kununya telah berjaya menjimatkan wang rakyat. Pada hal nelayan terpinga-pinga dan menuduh kerajaan tidak berlaku ikhlas membantu mereka.
Ramai nelayan merujuk ke pejabat  LKIM dan Persatuan Nelayan yang berhampiran untuk meminta penjelasan tetapi PNK kata sudah diproses tunggu Pegawai Wilayah, Pegawai Wilayah kata sudah hantar HQ Kota Kinabalu, Pengarah/HQ kata tunggu KL. Sebut saja KL nelayan (terutamanya nelayan tradisional/bumiputera) pun layu.
Kalau Ko-Nelayan yang mengendalikan skim-skim bantuan ini kemungkinan besar permasaalahan ini tidak timbul kerana urusannya hanya di Kota Kinabalu sahaja dan rakyat boleh meminta bantuan dari wakil rakyat mereka seterusnya menyelesaikan permasaalahan masyarakat nelayan. Soal kakitangan kerajaan Persekutuan boleh menanggung bayaran gaji kakitangan LKIM yang dipindahkan ke Ko-Nelayan kerana di LKIM pun kerajaan Pusat juga yang tanggung pembayaran gaji mereka.