Khamis, 17 Februari 2011

KO-NELAYAN LEBIH RELEVAN DARIPADA LEMBAGA KEMAJUAN IKAN MALAYSIA DI SABAH (PT 1)

Kehadiran Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di Sabah hanya menyusahkan masyarakat nelayan tempatan sahaja disamping menjadi pesaing kepada agensi kerajaan negeri Sabah.
Agensi yang dimaksudkan adalah Ko-Nelayan yang di bawah naungan Kementerian Pertanian dan Industri Pemakanan Negeri Sabah yang telah memberikan khidmat baktinya kepada rakyat Sabah khususnya masyarakat nelayan yang mendiami sekeliling pantai Negeri Sabah dari Sipitang sehingga ke Tawau sejak lebih 30 tahun dahulu. 
Tidak dinafikan bahawa LKIM bertapak di Sabah boleh membawa pelbagai keuntungan kepada penduduk Negeri Sabah terutamanya peluang pekerjaan.Senario ini menggambarkan bahawa Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia  'tidak yakin' dengan kewibawaan agensi kerajaan negeri seperti Ko-Nelayan.
Apa salahnya sekiranya Ko-Nelayan diberikan peluang untuk mengendalikan skim-skim bantuan kepada masyarakat nelayan Negeri Sabah seperti skim 'Elaun Sara Diri Nelayan berjumlah RM200.00 seorang, Insentif Tangkapan Ikan yang berjumlah RM0.10 (sepuloh sen) sekilogram, dengan menyalurkan terus peruntukan dari Kerajaan Persekutuan itu kepada Ko-Nelayan? Anggaplah sebagai salahsatu penghargaan kepada rakyat Sabah yang telah memberikan sokongan kepada BN
Ramai masyarakat nelayan yang merasakan bahawa LKIM sedang berdolak-dalik dalam perkara Pemberian Elaun Sara Diri Nelayan dan lain-lain skim yang pembayaranya tidak konsestan dengan memberikan pelbagai-bagai alasan  termasuklah alasan akaun bank sipenerima itu tidak up date, supaya nelayan tidak menerima bayaran yang diberikan kerajaan itu, apakah LKIM mahu mendabik dada kununya telah berjaya menjimatkan wang rakyat. Pada hal nelayan terpinga-pinga dan menuduh kerajaan tidak berlaku ikhlas membantu mereka.
Ramai nelayan merujuk ke pejabat  LKIM dan Persatuan Nelayan yang berhampiran untuk meminta penjelasan tetapi PNK kata sudah diproses tunggu Pegawai Wilayah, Pegawai Wilayah kata sudah hantar HQ Kota Kinabalu, Pengarah/HQ kata tunggu KL. Sebut saja KL nelayan (terutamanya nelayan tradisional/bumiputera) pun layu.
Kalau Ko-Nelayan yang mengendalikan skim-skim bantuan ini kemungkinan besar permasaalahan ini tidak timbul kerana urusannya hanya di Kota Kinabalu sahaja dan rakyat boleh meminta bantuan dari wakil rakyat mereka seterusnya menyelesaikan permasaalahan masyarakat nelayan. Soal kakitangan kerajaan Persekutuan boleh menanggung bayaran gaji kakitangan LKIM yang dipindahkan ke Ko-Nelayan kerana di LKIM pun kerajaan Pusat juga yang tanggung pembayaran gaji mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan